...........|| Thursday, September 14, 2006 ||

Mengenali Jangkitan Yis Di Vagina

Apakah itu jangkitan yis di vagina?

Dalam tubuh manusia, yis dan bakteria hidup bersama-sama dalam satu keseimbangan yang menghadkan pertumbuhan salah satu daripadanya. Apabila keseimbangan biasa ini terganggu, jangkitan yis akan berlaku. Perubahan di persekitaran kawasan vagina atau keadaan seseorang pesakit individu seperti mengandung, kencing manis/diabetes, penggunaan kontraseptif oral, atau penggunaan antibiotik boleh menyebabkan yis membiak dengan berlebihan. Kebanyakan jangkitan yis di vagina adalah disebabkan oleh sejenis spesies kulat bernama Candida albicans. Oleh itu, jangkitan ini juga dikenali sebagai kandidiasis vagina.

Jangkitan yis di vagina adalah suatu kejadian biasa. Dianggarkan 75% daripada semua wanita dewasa akan menghadapi jangkitan yis di vagina sekali dalam seumur hidup mereka, dan 40 % hingga 50 % daripada mereka akan menghadapinya kali kedua.

Jangkitan vagina akan menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh menyebabkan kegatalan, kehangatan dan kesakitan. Apabila di jangkiti, lapisan vagina menjadi radang (keadaan dinamakan vaginitis) dan kawasan vagina menjadi merah. Sesetengah wanita yang menghadapi jangkitan yis juga boleh mengalami lelehan keputihan yang pekat.

Apakah terdapat jangkitan vagina yang lain?
Ya. Kebanyakan jangkitan vagina adalah disebabkan oleh salah satu dari tiga jangkitan biasa: vaginitis bacteria, jangkitan yis atau vaginitis trichomona. Ketiga-tiga jangkitan ini sering menyebabkan gejala yang sama dan menimbulkan kesukaran untuk membezakannya antara satu sama lain. Rawatan yang berkesan untuk jangkitan anda bergantung kepada diagnosis yang tepat. Oleh itu, nasihat doktor adalah penting.

Bolehkah jangkitan yis dirawat sepenuhnya?
Ya. Jangkitan yis di vagina mempunyai tindak balas yang baik terhadap terapi- apabila rawatan digunakan seperti yang diarahkan. Beberapa agen topikal boleh didapati untuk merawat jangkitan yis, termasuk krim vagina, supositori, dan tablet. Kesemua rawatan ini digunakan secara terus ke atas atau ke dalam vagina tetapi ramai wanita mendapatinya kotor dan janggal dan rawatan hanya boleh dilakukan sebelum tidur malam. Tambahan pula rawatan ini memakan masa yang lama untuk melegakan jangkitan kandida. Kini terdapat satu dos agen oral yang mudah untuk merawat jangkitan yis. Hanya satu kapsul oral memberikan rawatan sepenuhnya yang anda perlukan. Rawatan dengan agen ini biasanya melegakan gejala dalam masa satu atau dua hari. Sila berjumpa doktor anda.

Bagaimana saya boleh mengelak jangkitan dari berulang?
Walaupun tiada jaminan yang anda tidak akan dijangkiti jangkitan yis semula, mengikuti saranan berikut boleh membantu mengurangkan risiko anda.

- Kawasan vagina hendaklah sentiasa kering dan bersih.
- Elakkan memakai pakaian yang basah atau pakaian sukan yang berpeluh secara berkepanjangan.
- Elakkan sentuhan terus dengan sesabut sintetik/tiruan (pakai seluar dalam kapas dan sarung kaki yang mempunyai kelangkang kapas).
- Pakai pakaian longgar yang membolehkan peredaran udara.(pakaian ketat boleh menyebabkan kelembapan dan yang merubah menukarkan persekitaran kawasan vagina).
- Nasihati pasangan seks anda supaya mengambil ubat anti yis serentak dengan anda untuk mengelakkan jangkitan semula.
- Sebagai tambahan, anda patut tahu bahawa beberapa keadaan perubatan, jenis penyakit dan ubat-ubatan boleh meningkatkan kemungkinan mendapat jangkitan yis di vagina. Contohnya jangkitan ini sering berlaku kepada wanita yang:
-mengandung
-Kencing manis/diabetes
-Mengguna kontraseptif oral
-Mengambil antibiotik.


Sumber http:// www.pfizer-malaysia.com


 2 Comments:

At September 15, 2006 10:13 AM, Anonymous Anonymous said...

"hehehe...
salam juga dari saya ;)

oh yah. kalo shouthuns tidak keluar... brarti ada spam masuk di shoutbox! coba login & hapus dulu spamnya ;) insya Allah akan keluar!

maaf saya belum sempat perbaiki karena kesibukan sekarang :( maaf ya"

 
At September 15, 2006 11:47 AM, Blogger Rini said...

"SB-nya ga ada ...
jadi kasih salamnya dis ini aja ya.
Assalamu'alaykum wrwb...
pa kabar?"

 

Post a Comment

<< Home