...........|| Thursday, May 11, 2006 ||

Sebab Doa Tidak Termakbul

Setiap doa yang dipohonkan kepada Allah dengan ikhlas dan memenuhi syarat-syaratnya adakalanya dimakbulkan Tuhan secara langsung. Adakalanya diberikan hal yang serupa dan adakalanya diperkenankanNya dengan menghindarkan sesuatu bencana yang akan menimpa permohon sendiri. Tidak dinafikan adakalanya doa yang dipohon tidak diperkenankan langsung. Ibrahim bin Adhan seorang ulama yang terkemuka pernah menegaskan sepuluh sebab doa itu tidak diperkenankan oleh Allah iaitu :

1.Kamu mengaku mengenal Allah, tetapi tidak kamu penuhi hak-hakNya.

2.Kamu membaca Alquran, tetapi tidak kamu amalkan isi-isinya.

3.Kamu mendakwa cinta kepada Rasulullah tetapi kamu tidak menjalankan suruhannya.

4.Kamu mendakwa menjadi musuh syaitan tetapi kamu menjadi kawan kepadanya.

5.Kamu mendakwa untuk melepaskan diri dari neraka tetapi kamu lemparkan diri kamu ke dalamnya.

6.Kamu mendakwa untuk masuk syurga tetapi tidak beramal menuju ke arah itu.

7.Kamu katakan bahwa mati itu pasti datang tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8.Kamu asyik menyebarkan aib saudaramu tetapi kamu tidak melihat aibmu sendiri.

9.Kamu menikmati anugerah Tuhan yang diberikan kepadamu , tetapi kamu masih tidak bersyukur kepadaNya.

10.Kamu pergi menziarahi orang yang meninggal dunia tetapi kamu tidak mengambil iktibar untuk membanyakkan ibadat kepada Allah untuk menemuiNya.

Kesimpulannya apabila memohon doa kepada Allah kita harus bersabar kiranya doa yang kita pinta tidak dikabulkan oleh Allah dengan segera, kita sebagai hamba Allah hendaklah bersabar selalu.

Sumber : Buku Qiamullail,Bahagian Dakwah,Jab Agama Islam Perak 2001

 0 Comments:

Post a Comment

<< Home